Parkir Percuma Hari Jumaat Dan Kelepasan Am Di Kuala Terengganu

Sekiranya anda berkunjung ke Kuala Terengganu, usah risau soal membayar caj parkir kenderaan anda jika hari itu ialah hari Jumaat atau kelepasan am.

Mulai 1 April 2018, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) telah mengecualikan caj parkir kenderaan pada setiap hari Jumaat dan kelepasan am di semua kawasan pentadbiran MBKT termasuk di daerah Kuala Nerus.

Sebelum ini, caj parkir yang dikenakan ialah 60 sen sejam setiap hari termasuk hari Jumaat dan kelepasan am. Pengecualian hanya diberikan pada Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.

Menurut Datuk Bandar Kuala Terengganu, Samiun Salleh, langkah itu sebagai penyelarasan hari operasi tempat letak kerta bersama pihak berkuasa tempatan lain di seluruh negeri Terengganu.

Sumber: Kosmo



Booking.com