Pasport Malta Boleh Dibeli

Walaupun hanya sebuah Negara pulau, Malta yang terletak di tengah Laut Mediterranean, mempunyai banyak tarikan pelancong; pantai-pantai yang cantik, cuaca yang menyenangkan, dan tapak-tapak sejarah yang mengagumkan.

Bagaimanapun, bukan itu sahaja yang menjadi tarikan di Malta. Lebih penting ialah pasport yang dikeluarkan oleh negara kecil itu, boleh dibeli terutama bagi golongan yang kaya raya.

Antara sebabnya, Malta adalah sebahagian daripada Negara Kesatuan Eropah (EU), dan pemegang passport dari negara-negara EU boleh keluar masuk ke 183 destinasi tanpa visa.

Golongan kaya raya juga suka mendapatkan kewarganegaraan Malta kerana negara itu tidak mengenakan cukai ke atas pendapatan serta aset mereka di serata dunia, Sebaliknya hanya mengenakan cukai  15% ke atas wang yang dibawa masuk ke pulau tersebut.

Malta adalah satu daripada 10 negara di dunia yang membenarkan warga luar membeli kewarganegaraan melalui skim Pelabur Individu yang mendapat nama jolokan program ‘cash-for-passport.’

Di bawah program ini, seseorang perlu membeli atau menyewa hartanah di mana-mana satu daripada tiga pulau Malta, melabur wang dan menyumbang kepada tabung pembangunan, sebagai tukaran bagi mendapatkan pasport. Mereka bagaimanapun tidak perlu tinggal atau selalu pulang ke negara itu.

Jumlahpelaburan yang perlu dibua tuntuk mendapatkan pasport itu ialah Euro1.25 juta. Program ‘cash-for-passport’ ini telah dilancarkan sejak 2014 dan berjaya menarik ramai golongan kaya raya, terutamanya dari Rusia.



Booking.com