Patuhi Jika Tidak Mahu Masuk Penjara

Apabila tiba di negara orang anda perlu tahu beberapa peraturan tempatan yang harus dipatuhi terutamanya ketika melawat tempat-tempat tarikan pelancong. Kita biasa dengan undang-undang am di negara sendiri. Namun ada beberapa undang-undang negara lain yang mugkin nampak pelik tetapi sebenarnya boleh membuatkan si pelaku di hukum penjara.

Jadi bagi memastikan percutian anda tidak mendatangkan sebarang masalah, lebih baik periksa dahulu undang-undang khas sesebuah negara. Jom periksa!

Merpati di St. Mark

Memberi makan kepada burung merpati sekitar St. Mark Square, Venice, Itali adalah dilarang. Peraturan tersebut ditetapkan demi menjaga monumen dan banguan bersejarah di kawasan tersebut. Kehadiran banyak burung merpati dikatakan menjadi punca kerosakan bangunan.

Periksa tangki minyak

Jika anda memandu di sepanjang lebuh raya di Jerman, pastikan tangki minyak sudah diisi penuh. Undang-undang negara Jerman melarang kenderaan berhenti di tepi lebuh raya yang menjadi kawasan berkelajuan tinggi. Jadi sebelum memulakan perjalanan periksa dahulu tangki kenderaan.

No heels!

Peringatan buat semua wanita! Tinggalkan kasut tumit tinggi anda jika melawat Greece. Tekanan daripada tapak kasuk tumit tinggi boleh merosakkan tapak warisan di negara tersebut. Justeru bagi memelihara kawasan bersejarah itu, pemakaian kasut tumit tinggi tidak dibenarkan.

Gula-gula getah

Tabiat mengunyah gula-gula getah memang menjadi kesukaan ramai. Bagaimanapun elakkan perbuatan tersebut jika berada di Kota Singapura. Anda akan didenda oleh pihak berkuasa jika mengunyah gula-gula getah di tempat awam.

Respect the King

Masyarakat Thai sangat mengagumi raja mereka. Sebarang tindakan yang tidak sopan terhadap raja dianggap satu penghinaan. Sehinggakan memijak mata wang baht yang terdapat gambar raja juga adalah satu kesalahan dan anda boleh dihukum penjara.



Booking.com