Pelan Sifar Plastik Bermula Oktober

on

Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) akan melancarkan pelan hala tuju sifar penggunaan plastik pakai buang 2018-2030, pada Oktober depan.

Menterinya, Yeo Bee Yin, berkata pelan itu antara lain bagi menangani masalah pencemaran sisa plastik, meningkatkan kesedaran orang awam, selain mencari alternatif kepada penggunaan pelbagai produk plastik.

Yeo Bee Yin

“Ramai yang nak membantu kerajaan untuk mengurangkan penggunaan plastik dan kita ambil semua pandangan dalam merangka pelan hala tuju berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Town Hall membincangkan isu penggunaan plastik pakai buang bersama ahli akademik, penggiat industri, NGO, pelajar dan orang awam, kelmarin.

Bee Yin berkata, pelan itu juga bagi mencari alternatif seperti menghasilkan plastik berasaskan hidro karbon. Malah, kementerian juga mengeluarkan peruntukan untuk menjalankan penyelidikan bagi penghasilan produk mesra alam sebagai alternatif kepada plastik.

Pencemaran plastik bukan sahaja berlaku di Malaysia, malah seluruh dunia yang mana ia turut menjejaskan hidupan laut, sekaligus boleh merendahkan imej sesebuah negara dan memberi kesan kepada sektor pelancongan.



Booking.com