Percutian Dengan Gambar Cantik Bersama RARECATION

APA penting jika pergi bercuti? Pastinya merakamkan gambar-gambar menarik sebagai kenangan dan bukti anda pernah tiba di suatu destinasi. Namun bagaimana untuk mendapatkan gambar cantik dengan latar belakang pemandangan indah?

Rarecation Travel Sdn. Bhd. adalah pilihan terbaik. Syarikat pelancong yang diasaskan oleh jurugambar terkenal Saiful Nang ini turut menyediakan perkhidmatan fotografi jika bercuti kerana setiap tour guide atau `captain’ yang membawa pelancong adalah jurugambar profesional.

“Fotografi adalah top selling point kami. Semua captain yang dilantik harus pandai mengambil gambar. Setiap gambar yang dirakam akan diberikan semula kepada pelanggan kami. Itu sudah termasuk dalam setiap pakej.

“Jadi pelanggan tidak perlu risau soal kualiti gambar kerana kami tahu untuk mendapatkan hasil terbaik apabila tiba di suatu lokasi. Pelanggan mungkin tidak perlu membawa kamera sendiri jika bercuti dengan kami,” ujar Saiful Nang.

Saiful Nang, tulang belakang yang menjayakan Rarecation.

Syarikat tersebut mula beroperasi pada hujung tahun 2015 dan telah sampai ke lebih 50 destinasi seluruh dunia. Lebih menarik lagi, Rarecation akan membawa pelanggan ke tempat-tempat yang tidak ramai dikunjungi pelancong.

Namun itu tidak bermakna Rarecation mengabaikan destinasi popular dunia. Bagi Saiful Nang sendiri, pakej yang ditawarkan melengkapi percutian setiap pelanggan. Bukan hanya ke destinasi popular, malah pelanggan berpeluang merasai satu pengalaman berbeza tatkala menelusuri perkampungan di luar negara.

“Kami akan bawa ke tempat-tempat yang tidak ramai pelancong. Kenapa perlu bayar dengan harga yang mahal untuk ke suatu tempat sekadar merakam gambar? Kami boleh dapatkan latar belakang yang lebih menarik untuk pelanggan.

“Walaupun perjalanan mengikut kawasan kampung, kita akan jumpa sesuatu yang luar biasa. We get what other people don’t get.

“Sudah tentu kami juga akan singgah di tempat-tempat popular dunia. Selain itu jika membeli-belah, kami akan bawa ke tempat yang biasa dikunjungi orang tempatan. Di sana barang lebih berkualiti dan harga lebih murah,” ujar Saiful Nang lagi.

FOTO: FACEBOOK & INSTAGRAM RARECATION



Booking.com