Percutian Romantis di Pulau Besar, Bayu Lestari Resort Pilihan Terbaik

MERANCANG percutian romantis bersama pasangan anda? Atau mungkin sedang mencari lokasi berbulan madu? Pulau Besar, Johor adalah salah satu pilihan terbaik untuk anda! Mungkin namanya masih belum menjadi sebutan ramai. Namun lokasi ini menjanjikan pengalaman yang tidak mungkin anda lupa.

Dengan suasana persekitaran yang cantik dan tenang, pantai yang landai, putih bersih serta dikelilingi deretan pulau kecil antaranya Pulau Rawa, Sibu dan Tinggi ia benar-benar memukau pandangan mata. Begitu juga air lautnya yang biru, serta kawasan dasar laut yang jernih dan terpelihara sehingga menampakkan keunikan batu karang semulajadi, menambahkan lagi keindahan pulau ini.

Jika sudah tiba di pulau ini, banyak aktiviti yang boleh dilakukan selain berehat di tepi pantai. Pastinya snorkeling, scuba diving dan island hoping perkara wajib dilakukan. Buat kaki pancing, jangan lupa untuk basa joran bersama. Anda juga boleh berjalan sekitar kawasan kampong untuk merasa dan kenal lebih rapat dengan cara hidup orang di sana.

Jika merancang ke pulau ini, WOWMalaysia cadangkan anda menginap di Bayu Lestari Island Resort. Lokasi resort ini berdekatan dengan jeti, jadi anda tidak perlu berjalan jauh sebaik sahaja tiba di pulau. Untuk sampai ke pulau ini, banyak bot laju disediakan dari Jeti Mersing setiap hari.

Suasana di sekitar Bayu Lestari pasti membuatkan anda terlupa seketika tentang kesibukan kerja. Bayangkan pemandangan pagi anda adalah laut yang terbentang luas. Menghirup udara segar sambil mendengar desiran ombak pantai.



Booking.com