Ramai Yang Tidak Tahu Fungsi 6 Makanan Ini Terhadap Kesihatan

KACANG PISTASIO

Tahukah anda pistasio merupakan makanan kaum bangsawan zaman Romawi kuno. Pistasio merupakan sejenis makanan para ahli genius dahulu dan kini. Ia berasal dari negara Timur Tengah dan Asia. Pistasio (Pistacia Vera) atau dipanggil ‘Pistachio Nuts’ adalah sejenis tumbuhan kekacang dari keluarga Anacardiaceae yang popular. Kekacang ini mempunyai khasiat tersendiri seperti zat besi, folat, kalium, niasin, riboflavi dan zink. Ia juga dapat menguatkan ingatan dan memori.

Kacang pistasio kaya dengan nutrien yang memberi manfaat kepada jantung dan sistem peredaran darah dan mengandungi hampir 90 peratus lemak tak tepu, dan juga dikenali sebagai “lemak baik” yang boleh membantu meningkatkan HDL kolesterol. Malah, phytosterols dalam kacang pistasio sebenarnya menghalang penyerapan “lemak jahat”.

Pistasio mengandungi anti oksidan, kolesterol yang lebih rendah dan arginina iaitu bahan yang mengurangkan pembentukan plak dalam arteri. Kacang ini mempunyai sumber lebih daripada 30 vitamin, mineral dan fitonutrien yang memberi manfaat untuk kesihatan anda. Selain itu, kacang ini dapat mencegah penyakit kanser, melindungi sistem saraf, membantu menjaga berat badan, menjaga kesihatan mata, menutrisi kulit, membantu sistem pencernaan dan menurunkan risiko diabetes.

BUAH DELIMA

Delima (Punica Granatum) merupakan sejenis pokok renek atau pokok kecil daun luruh yang berbuah dan boleh membesar sehingga ketinggian lima hingga lapan meter. Pokok delima berasal dari Barat Daya Asia  dan  ditanam secara semula jadi di seluruh kawasan Lembah Mediterranean dan Kaukasus sejak zaman purba.

Delima juga ditanam secara meluas di negara seperti IranIraqIndia, AlgeriaArmenia, PakistanSyriaTurki, Afghanistan,  Azerbaijan, kawasan lebih kering di Asia Tenggara seperti Semenanjung MalaysiaIndia Timur, dan kawasan tropika di Afrika.

Buahnya kaya dengan sifat antioksida yang tinggi dan zat besi penting dalam pembentukan darah merah. Seseorang yang kekurangan zat besi akan mengalami penyakit anemia.

Buah delima juga boleh memperbaiki usus-usus dan menguatkannya, membersihkan bahagian dalam tekak serta sesuai untuk mereka yang mengalami masalah batuk. Selain itu, buah delima yang masam juga boleh mencegah muntah, menghentikan cirit-birit dan melawaskan air kencing. Ini kerana buah delima mengandungi bahan pencengkam yang mampu memegang dinding saluran perut. Buah delima boleh tahan selama 6 bulan, jika disimpan di dalam peti ais.

 

LEMON

Lemon banyak ditanam di Asia seperti India, China dan juga Amerika Selatan. Lemon mempunyai banyak khasiat dari segi perubatan dan juga sering digunakan dalam masakan untuk menambah rasa. Ia mengandungi vitamin B dan C, potassium dan fosforus sebagai anti oksidan, anti-bakteria, anti-viral, menguatkan imun dan melawan jangkitan.

Tambahan pula, lemon dapat membantu penghadaman dan sebagai minuman untuk menurunkan berat badan. Hanya sedikit perahan lemon di dalam air panas sudah cukup untuk membersihkan sistem pencernaan dan organ hati. Kandungan vitamin C dan asid sitrik berkesan untuk menghilangkan jerawat dan melicinkan kulit. Lemon baik untuk merawat demam selesema.

Vitamin C dan anti-viral memberi pertahanan segera kepada sel-sel tubuh. Jika anda sakit tekak, minum air perahan lemon yang dicampurkan dengan madu lebah dan air suam 3 kali sehari. Ia dapat melegakan kesakitan. Campuran perahan lemon dan madu lebah juga dapat merawat penyakit jangkitan kulit seperti ekzema dan ruam-ruam dengan menyapukan di bahagian luaran.

Bagi yang aktif dalam sukan dan pengembara yang sering keluar negara, lemon dapat memberi kesegaran daripada rasa letih dan memberi ketahanan terhadap ancaman jangkitan wabak penyakit. Selain itu, lemon baik untuk mengelak daripada penyakit batu karang. Kajian saintifik mendapati lemon membantu aktiviti anti-kanser oleh liminoids, kompaun yang melindungi sel-sel dari kerosakan yang boleh membawa kepada pembentukan sel kanser. Seperti yang diketahui umum, lemon ialah sejenis buah yang mempunyai banyak khasiat dan memang sesuai dijadikan sebahagian daripada diet anda.

AVOKADO

Pokok avokado atau nama saintifiknya Persea Americana mempunyai zat  yang mampu merawat dan mencegah pelbagai penyakit daripada masalah penglihatan, penyakit jantung sehinggalah kepada masalah obesiti. Pokok avokado dikelaskan dalam tumbuhan berbunga keluarga Lauraceae.

Ia adalah sejenis pokok saka yang menghasilkan buah. Buahnya berbentuk bujur dan kulit buah berwarna hijau berkilat. Isi buahnya pula berwarna kuning cair dan mempunyai biji yang agak besar di tengah. Disebabkan kandungan potassium yang tinggi dalam buahnya, pengambilan avokado secara kerap juga mampu merendahkan tekanan darah. Kandungan folat di dalam buahnya juga mengandungi zat baik untuk kesihatan jantung.

Kajian yang menunjukkan bahawa wanita yang kerap mengambil kandungan asid folat, mempunyai risiko yang rendah iaitu sebanyak 55 peratus  untuk mendapat serangan jantung dan penyakit jantung. Walaupun avokado tinggi dengan lemak iaitu kira-kira 30 gm lemak bagi sebiji avokado, namun itu tidak menghalang buah ini berkhasiat untuk mereka yang mahu mengurangkan berat badan.

Pengambilan buah yang kaya dengan kandungan vitamin dan zat, amat baik untuk tubuh kita. Lemak daripada avokado juga dikatakan mampu membantu tubuh berasa lebih kenyang dan menyimpan tahap gula dalam darah daripada meningkat. Dikatakan, sebiji buah avokado mengandungi kira-kira 300kalori dengan 88 peratus daripadanya adalah lemak.

Ia juga berkesan sebagai pelincir semula jadi bagi membolehkan sendi-sendi tulang bergerak bebas terutamanya di bahagian leher, siku, pergelangan tangan, pinggul, lutut dan pergelangan kaki seterusnya menghindarkan penyaki lenguh-lenguh tulang.

TERUNG PIPIT

Terung pipit (Solanum Torvum) atau juga dikenali sebagai terung rembang dan Terung manggul merupakan tumbuhan liar di Malaysia dan di negara-negara Tropika yang lain. Terung pipit mengandungi 2 peratus protein, 0.1 peratus lemak, 7.9 peratus karbohidrat serta mengandungi banyak fosforus, sedikit zat besi, vitamin A, B1, dan C.

Menariknya, ia juga mengandungi alkoloid jenis steroid yang dikenali sebagai solasodin dengan kandungan sebanyak 0.84 peratus . Steroid amat penting dalam bidang perubatan, terutamanya untuk menghasilkan pil perancang keluarga. Selain itu, akar terung pipit juga boleh digunakan untuk mengubati retak kulit pada kaki, mencuci darah dengan meminum air rebusannya, melegakan kesakitan, penawar racun ular dan serangga serta menjadi ubat yang berkesan untuk meredakan sakit perut.

Jika ditumbuk lumat seluruh bahagian terung pipit ini, cecair yang diperah keluar boleh digunakan sebagai penawar bisa dipatuk ular dan sengatan serangga. Buahnya pula jika dimakan, dikatakan mampu melegakan sakit perut. Manakala, bijinya pula berupaya merawat sakit gigi jika dibakar dan disedut asapnya. Bagi yang mempunyai masalah pada bahagian kulit kaki yang merekah ataupun bengkak, boleh menumbuk lumat bahagian akarnya dan ditampal pada bahagian yang bermasalah.

Ini dapat melegakan kesakitan dan memperbaiki peredaran darah dari tempat yang bengkak. Bukan itu sahaja, akarnya jika direbus dan diminum dipercayai dapat merawat deman panas, pitam dan sawan.

 

JAMBU BATU

Jambu batu atau jambu biji (Psidium Guajava Linn) merupakan buah-buahan tropika. Nama saintifik jambu batu adalah dari keluarga “Myrtaceae”.

Jambu batu dipercayai berasal dari kawasan antara Peru dan Mexico iaitu di kawasan Tropika Amerika. Jambu batu tersebar ke merata kawasan tropika dan sub Tropika. Di Malaysia, kawasan penanaman secara komersil bermula pada pertengahan tahun 1980.

Pokok jambu ini sederhana besar dan setinggi 10 meter. Jambu batu adalah buah yang paling berkhasiat bagi membekalkan vitamin dan mineral kepada tubuh manusia. Ia juga efektif menurunkan paras kolesterol dalam darah manusia dan amat bagus sekiranya dimakan setiap hari. Jambu batu tergolong dalam kumpulan makanan berfungsi yang banyak mendatangkan manfaat kepada kesihatan manusia.

Bagaimanapun, pengambilan buah jambu batu perlu dibuat dalam jumlah yang mencukupi bagi memastikan khasiatnya berupaya memberi tindak balas kepada tubuh secara berkesan. Kita digalakkan supaya mengambil jambu batu sebanyak 400 gram sehari iaitu sebiji setengah selama empat minggu untuk mendapat kesan yang baik. Ia perlu dimakan bersama kulitnya sekali kerana mengandungi khasiat yang tinggi. Selain dimakan begitu sahaja, buah jambu batu juga boleh dibuat jus tetapi cara penyediaannya perlu asli iaitu tidak ada gula di dalamnya.

Jambu batu sesuai diambil untuk amalan diet seimbang terutama bagi mereka yang mengalami masalah berat badan. Bagi mereka yang menghadapi masalah paras kolesterol tinggi dalam darah, jambu batu boleh mengurangkan kolesterol iaitu 18.8 peratus dalam masa seminggu tetapi pesakit mestilah mengambil buah jambu batu setiap hari bagi memastikan keberkesanannya.



Booking.com