Rasai suasana hidup kampung di DESA KEROMA ECO RESORT

SIAPA yang sedang merancang untuk bercuti jauh dari kesibukan kota, Desa Keroma Eco Resort adalah satu pilihan terbaik. Resort dengan konsep tradisional ini terletak di Kampung Keroma, Muar, Johor.

Bukan sekadar menginap di resort yang cantik, malah pengunjung juga akan diberi pendedahan tentang cara hidup kampung seperti makanan trdisi masyarakat Johor dan permainan tradisional. Jauh dari kesibukan kota, pastinya tempat ini menjanjikan satu pengalaman berbeza buat pengunjung.

Anda juga boleh menaiki bot dengan pakej yang disediakan untuk melihat cara menangkap kerang dan kupang secara dekat. Selain itu, pengujung akan dapat rasa pengalaman mandi lumpur yang dapat memberi manfaat untuk kecantikkan kulit.

Bagi kaki panjing pula, jangan lupa bawa joran jika datang ke sini kerana anda boleh meluangkan masa untuk memancing di kolam ikan dan laut. Aktiviti riadah lain yang boleh dilakukan adalah ATV, memanah dan bermain congkak.

Menurut pengusaha resort ini, Azwin Abdullah, idea asal pembinaan Desa Keroma Eco Resort adalah kerana bangau. Kata beliau sewaktu awal membeli tapak tanah tersebut, banyak burung bangau singgap setiap petang.

“Awalnya saya beli tanah untuk perancangan masa hadapan. Saya mahu jadikan ia dusun dan pada ketika itu saya telah pun bina sebuah pondok di tanah ini.

“Apabila melihat banyak burung bangau yang singgah pada setiap petang, saya merasakan ada sesuatu yang istimewa di tempat ini. Selepas itu timbul idea untuk bangunkan sebuah resort dan berkongsi pengalaman hidup kampung dengan orang ramai.

“Orang tempatan di sini juga menyokong usaha saya kerana kata mereka, kampung ini ‘mati’. Dengan pembangunan resort ini akan lebih ramai orang tahu tentang Desa Keroma dan secara tidak langsung menambah sumber pendapatan mereka.

“Kami di sini menggalakkan pengunjung untuk back to nature. Tinggalkan semua gajet dan nikmati cara hidup kampung dengan tenang dan selesa,” cerita Azwin.



Booking.com