RAWATAN BUANG SKIN ‘TAG’ & ‘OIL CYSTS’

Sesetengah orang ditumbuhi ‘skin tag’ atau ‘kulit tambahan’ yang biasa terdapat pada bahagian-bahagian tertentu tubuh seperti muka, leher dan badan. Ia kelihatan hodoh dan merimaskan. Jangan risau kerana ada rawatan mudah dan selamat disediakan di Ananaz Medi Spa.

Suasana ruang pendaftaran dan pameran produk penjagaan kulit Ananaz Medical Spa

Ananaz Medical Spa beroperasi sejak tahun 2007 dan mempunyai beberapa cawangan pusat kecantikan sekitar Lembah Kelang, tiga buah spa di Bangi, Selangor dan sebuah spa di Cheras, Kuala Lumpur. Ananaz Medical Spa cawangan  Seksyen 7 Bangi merupakan yang terbaru dan ketiga di buka atas permintaan pelanggan.

Setiap cawangan Ananaz Medical Spa mempunyai konsep hiasan dalaman yang berbeza. Misalnya, Ananaz Medical Spa di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, menampilkan konsep yang agak ranggi menggunakan batu-batu kerikil pada tiang ruang pendaftaran dan pameran spa. Tema utama warna jingga ceria sementara garisan warna hitam tepi dinding menyuntik elemen eksklusif pada spa khusus untuk wanita ini.

Antara bilik rawatan yang dilengkapi ruang sauna khas

Menurut pemiliknya, Samsinor Mashood, spa ini menawarkan kepakaran dalam membuang kulit-kulit lebihan atau dikenali sebagai ‘skin tags’ yang dialami sesetengah wanita. Teknik pembuangan ‘skin tags’ ini menggunakan mesin khas tanpa meninggalkan rasa sakit pada wanita tersebut.

Jelas Samsinor,” Apapun, wanita tersebut perlu mengikuti rutin rawatan kecantikan biasa seperti mencuci, menyegar, melembap dan pupur, kecuali kaedah ‘steaming’ muka tidak digunakan dalam mana-mana rawatan di spa  ini. Dari kajian, kaedah tersebut boleh menyebabkan liang roma muka bertambah besar dan kasar maka, ia tiada manfaat pada rutin penjagaan kecantikan wanita.”

Bintik-bintik ‘Oil cysts’ (lebihan sebum) juga merupakan antara masalah kulit yang jarang diberi perhatian. Rawatan membuang bintik-bintik hodoh ini juga merupakan keutamaan di Ananaz Medical Spa. Kedua-dua sesi rawatan membuang ‘skin tags’ dan ‘oil cysts’ mengambil masa lebih kurang dua jam.

Selain rawatan-rawatan di atas, Ananaz Medical Spa juga menawarkan pelbagai perkhidmatan rawatan kecantikan lain. Ini termasuk Meta Nano Lift Treatment, Rejuvenating Treatment, Silk Peel Treatment dan Stem Cell Treatment pada kadar antara RM235 hingga RM425.

Sebuah lagi bilik rawatan yang lengkap dengan jakuzi dan ruang mandi

Ananaz Medical Spa boleh dikatakan menyediakan rawatan kecantikan dari hujung rambut ke kaki kerana ia turut menyediakan rawatan badan berkonsep tradisional dan aromaterapi. Pegunjung juga boleh mendapatkan perkhidmatan rawatan penjagaan kecantikan rambut seperti masalah rambut gugur di salon khas.

Ananaz Medical Spa menggunakan himpunan produk penjagaan kecantikan yang dirumus sendiri dan turut dijual secara atas talian. Selain itu, produk-produk pemakanan kesihatan tambahan turut ditawarkan pada pengunjung. Spa ini dibuka setiap bermula 9 pagi hingga 7 malam.



Booking.com