Rekreasi di Taman Rimba Ampang

TIDAK perlu pergi jauh untuk lari dari kesibukan kota Kuala Lumpur. Hanya 8 kilometer dari tengah bandaraya melalui Jalan Ampang/Jalan Bukit Belacan, anda boleh menikmati keindahan alam semulajadi di Taman Rimba Ampang.

Kawasan seluas 25 000 hektar ini merupakan hutan simpan yang juga menjadi tempat bagi singgahan dan pembiakan pelbagai spesis burung. Di katakan tempat ini adalah lokasi paling sesuai bagi burung raja udang yang semakin terancam.

Taman Rimba Ampang ini juga adalah sebahagian daripada Hutan Simpan Ampang. Apa yang menarik di sini ialah kawasan air terjun yang menjadi tempat rekreasi orang ramai. Pengunjung perlu berjalan sejauh 1kilometer untuk sampai ke kawasan ini dari tempat meletak kereta.

Kawasan rekreasi di sini sesuai untuk berkelah selain mandi-manda di kolam. Bagi mereka yang kaki gunung, anda boleh mendaki pada trek yang disediakan. Jika bernasib baik, anda akan melihat pelbagai spesis burung berterbangan.

INFO & FOTO: TOURISM SELANGOR

 



Booking.com