Resorts di ESSZONE Digesa Pasang CCTV HD

PENGUSAHA pusat peranginan, pemilik bot nelayan dan pengusaha ikan dalam sangkar di sekitar kawasan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) digesa agar meningkatkan tahap keselamatan dengan memasangan Video Litar Tertutup (CCTV) HD dan Sistem Pengenalan Automatik (AIS).

Tindakan tersebut  membantu dalam mengesan penjenayah bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

Menurut Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammah, CCTV HD dapat mengesan wajah penjenayah walau dalam keadaan sedikit cahaya. Sementara itu pemasangan AIS pula penting untuk nelayan dalam menentukan kedudukan mereka samada di dalam perairan negara atau sebaliknya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan sesi dialog bersama Pengusaha Pelancongan, Pemilik Bot Nelayan dan Sangkar Ikan di Sandakan. – BERNAMA



Booking.com