Rinjani Ditutup Setahun

Berikutan gempa bumi yang melanda Lombok, Indonesia pada Ogos lalu, Gunung Rinjani yang popular sebagai lokasi mendaki gunung ditutup selama setahun.

Menurut kenyataan Ketua Taman Negara Rinjani, tempoh tersebut adalah untuk pemulihan laluan pendaki yang rosak teruk akibat gempa. 

Laluan yang terjejas dikatakan amat merbahaya buat masa sekarang. Justeru sebarang aktiviti pendakian oleh orang awam tidak dibenarkan. 

Laluan merekah bahaya untuk pendaki.

Gunung Rinjani merupakan gunung berapi kedua tertinggi di dunia. Ia mencapai ketinggian 3 726 meter dan merupakan sebahagian daripada kawasan Taman Nasional Rinjani. 

Gunung ini sering destinasi pendaki seluruh dunia kerana keindahan alam semulajadinya. 

SUMBER: KOSMO.



Booking.com