Sahkan Tempahan & Kemaskini Status Penerbangan MAS Dengan Whatsapp

Syarikat penerbangan nasional Malaysia Airlines Berhad (MAS) melancarkan perkhidmatan rasmi aplikasi Whatsapp yang menyediakan maklumat pengesahan tempahan dan kemaskini status penerbangan kepada penumpang.

MAS antara sebilangan kecil syarikat pernerbangan dunia yang menyertai Penyelesaian Perniagaan Whatsapp. Pelancaran aplikasi ini membolehkan MAS meraih lebih ramai pelanggan dan secara tidak langsung menambah baik pengalaman pelanggan.

Pelanggan mengakses perkhidmatan ini dengan menghantar mesej kepada +0387774570 atau http://bit.ly/whatsapp.

SUMBER: KOSMO



Booking.com