Santapan Tradisi Melayu Di Bayou Lagoon Park Resort

LAUK pauk tradisi Melayu memang tak lapuk dek zaman. Apatah lagi di bulan Ramadan yang cukup terkenal dengan aneka sajian enak dan menyelerakan. Kali ini WOWMalaysia ingin mengesyorkan kepada warga Melaka atau pelancong yang berada di sana untuk berbuka puasa di Bayou Lagoon Park Resort yang kini sedang mempromosikan aneka hidangan sajian tradisi Melayu kegemaran masyarakat Malaysia amnya.

Apa yang menarik di sini? Menurut Eksekutif Dapur Melayu Bayou Lagoon Park Resort, Chef Amran, terdapat lebih daripada 80 sajian yang disediakan sepanjang bulan Ramadan. Terdapat menu berbeza setiap hari yang disediakan oleh pasukan profesional chef di sini.

Di sini, para tetamu pasti berpuas hati dengan pelbagai pilihan sampingan. Antara menu wajib yang harus dicuba ialah hidangan kaki kambing berserta nasi mandy, daging kerutup dan juga kari ikan bendi yang sangat istimewa.

Selain itu, anda juga boleh mencuba sayur lodeh, ikan panggang kuah percik dan udang masak lemak belimbing yang pasti ditunggu-tunggu ramai kerana keenakannya.

Di sini juga terdapat aneka pilihan mi, martabak, sate, kambing golek dan banyak lagi. Jadi apa tunggu lagi, bawa rakan-rakan mahupun ahli keluarga anda untuk berbuka puasa di Selera Rampai Ramadhan bufet di Bayou Lagoon Park Resort Melaka dengan harga RM68.00 untuk dewasa dan RM38.00 untuk kanak-kanak.Manakala untuk warga emas hanya dikenakan RM58.00 sahaja. Untuk lebih penjimatan, anda boleh mendapat harga promosi Buy 8 Free 1.

Untuk keterangan lanjut boleh hubungi 06-2330888 atau reserve @bayoulagoon.com.my



Booking.com