Sarkas Bertaraf Dunia Di Malaysia

Rakyat Malaysia kini berpeluang menyaksikan persembahan sarkas terhebat di The Moscow Circus Tour of Malaysia 2018/19  bermula 10 Ogos lalu sehingga 2 September ini bertempat di Padang Timur, Petaling Jaya.

Persembahan tersebut dibawakan oleh syarikat pengajur ternama dari Rusia iaitu Bolshoi Circus dan Nikulin Moscow Circus. Petaling Jaya menjadi lokasi pertama jelajah kumpulan ini di Malaysia sebelum bergerak ke Pulau Pinang pada bertengahan September nanti.

Pengunjung bakal menyaksikan persembahan bertaraf dunia selama dua jam yang mendebarkan daripada aerialist, artis trapez serta akrobat Rusia, termasuk sorotan khas yang ditampilkan oleh artis juggling terkenal, Semion Krachinov, pemain oktan tinggi daripada The Romanov Duo, persembahan daripada pakar ilusi iaitu The Moskalov Duo, dan pejalan kaki wayar tinggi iaitu The Svezhov Duo.

Tiket ke pertunjukan ini boleh didapati dengan harga mampu milik serendah RM50 sehingga RM280 untuk kedudukan tertinggi daripada www.ticketpro.com.my. Sebahagian daripada hasil jualan akan didermakan ke Tabung Harapan Malaysia demi manfaat pertumbuhan dan pembangunan negara.

Istimewa buat pemegang kad Maybank, anda akan menikmati potongan harga sehingga 15% untuk Pakej Keluarga ke pertunjukan Petaling Jaya (sah sehingga 2 September), dan pemegang kad Maybank juga dapat menikmati faedah lain termasuk penebusan TreatsPoints/Membership Rewards, serta peluang memenangi dua (2) tiket Premium B dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM1500!



Booking.com