Segera Beralih Kepada Era Digital – Mohammadin Ketapi

Kepesatan dunia digital kini dijangka akan memberi lebih banyak manfaat kepada industri pelancongan di masa akan datang. Perkembangan ini memberi impak apabila pelancong akan menggunakan segala kemudahan dan perkhidmatan melalui platform digital dan intergrasi media sosial.

Justeru Menteri Pelancongan, Seni dan Kebudayaan, Mohammadin Ketapi  menggesa semua pengusaha industri agar segara beralih kepada era digital dan meninggalkan kaedah lama untuk menarik kehadiran lebih ramai pelancong.

Menurut beliau juga industri pelancongan berjaya menjana pendapatan negara sehingga RM82.2 bilion tahun lalu dengan jumlah kehadiran seramai 25.9 juta. Angka ini menyumbang kepada 14.9% pendapatan negara.

“Di peringkat dunia, sebanyak 1.32 bilion pengembara telah menyeberangi pelbagai sempadan negara untuk melancong dan mengembara, yang membawa pulangan sehingga RM5.54 trilion.

“Di jangka pada 2030 jumlah ini akan meningkat sehingga 1.8 bilion pengembara dan Malaysia antara yang menjadi tumpuan kehadiran para pengembara ini, “ katanya.

Mohammad Ketapi ketika berucapa di majlis Hari Pelancongan Sedunia (WTD) 2018.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Hari Pelancongan Sedunia (WTD) 2018 yang bertemakan “Pelancongan Dan Era Transformasi Digital” di Pusat Pelancongan Malaysia (Matic), Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

SUMBER: UTUSAN ONLINE



Booking.com