Senarai pemenang kuiz ‘Teka Juara Piala Dunia FIFA 2018’ WOWmalaysia

Yeahh! Setelah lebih dua minggu Piala Dunia FIFA 2018 Rusia melabuhkan tirai, kini tiba masanya untuk kami umumkan pemenang Kuiz Teka Juara Piala Dunia WOWmalaysia.

Fuh! Kami telah menerima lebih daripada 2000 komen dan jawapan sepanjang contest ini berlangsung, jadi nak pilih pemenang ambil masa sedikit. Pihak WOWmalaysia.com.my mengucapkan terima kasih kepada anda semua yang menyertai, dan terima kasih juga kerana sabar menanti keputusan ye!

Format kuiz terbahagi kepada dua kategori iaitu; 10 peneka tepat dari 14 hingga 30 Jun, dan 10 peneka tepat dari 1 hingga 10 Julai. Disebabkan tiada satu pun jawapan yang betul untuk kategori pertama iaitu 14 hingga 30 Jun, jadi pihak kami telah membuat keputusan – pemenang untuk kategori kedua (1-14 Julai) akan menerima hadiah utama.

Pemenang dipilih berdasarkan jawapan yang tepat mengikut turutan terawal. Ada yang cuba-cuba nak tukar jawapan di saat akhir, maaf kami tak terima. Beberapa nama juga ada yang telah menjawab dengan betul, tetapi tidak dipilih kerana tak memenuhi kriteria – tak Like dan Follow FB page wowmalaysia.com.my.

Setelah melalui saringan oleh panel penilai, 11 orang pemenang telah dipilih adalah seperti berikut;

1. Baba Ilhan
2. Rijallulghod Aulia
3. Alan Hn
4. Saufi Janal
5. Nur Afiqah Zainal Abidin
6. Amirul Aiyad
7. Mohamad Hazril
8. Mohd Alif
9. Sobri Hj Ibrahim
10. Allison Wong
11. Joni Wong

Tahniah kepada semua pemenang! Dan, sekali lagi terima kasih kepada anda semua kerana sudi menyertai kuiz ini.

#wowmalaysia

Nota:

  • Keputusan adalah muktamad. Sebarang bantahan tidak akan dilayan.
  • Senarai pemenang diminta memberi kerjasama dengan tidak menukar profile picture FB masing-masing bagi memudahkan pihak WOWmalaysia menghubungi anda untuk urusan agihan hadiah.
  • Hadiah akan diberikan kepada pemenang selewat-lewatnya pada penghujung Ogos ini.



Booking.com