Sensasi ‘Lamb’ NY Steak Shack

on

Para peminat makanan kambing, sila pergi ke restoran NY Steak Shack untuk menikmati daging kambing panggang yang dikatakan sangat sedap lagi menyelerakan! 

 

 

Promosi yang dinamakan ‘Sizzling Lamb Sensations’ menampilkan empat hidangan berasaskan kambing panggang (daging gulung tanpa tulang) iaitu Lamb Noisette, Lamb Noisette & Chicken Cevapi (ala kebab), Lamb Noisette & Garlic Shrimps dan Lamb Noisette & Smoked Beef.

Sama ada anda ingin menikmati kambing panggang semata-mata (Lamb Noisette) atau gabungan daging kambing dengan ayam, udang dan daging lembu. Sepert biasa sos lada hitam menyerlahkan rasa makanan yang enak tersebut. Sebagai menu tambahan pada penggemar makanan berasaskan daging, anda juga boleh memesan hidangan daging mewah ‘Darling Downs Wagyu Striploin’.

Selain itu, anda juga diberi pilihan dua makanan sampingan seperti jejari ubi kentang goreng atau ayam bagi melengkapi pengalaman anda menikmati menu kambing panggang yang cukup sensasi! Menariknya, hidangan yang agak besar membolehkan anda berkongsi hidangan bersama teman. Berduakan lebih baik!

Harga setiap menu di atas adalah antara RM48.02  hingga RM51.79. Makanan yang enak sahaja tidak memadai tanpa iringan minuman yang serasi. Maka serlahkan hidangan anda dengan menu minuman milkshakes enak terbaru daripada Ny Steak Shack. Anda boleh pilih sama ada Brownies Milkshakes, Red Velvet Milkshakes atau Oreo Milkshakes pada harga RM13.11.

Promosi ‘Sizzling Lamb Sensations’ oleh restoran NY Steak Shack bermula 16 Julai hingga 31 Ogos 2018 di semua cawangan restoran berkenaan. Semua harga yang tertera adalah pada kadar 0% GST.



Booking.com