SHOPPING SAKAN RAYA

ACARA membeli-belah bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri cukup sinonim bagi rakyat Malaysia. Tahun ini, kita menyambut lebaran pada bulan Jun dan sekaligus berlangsungnya Jualan Mega Malaysia pertengahan tahun. Pastinya banyak pusat membeli-belah memberi potongan harga menarik buat pelanggan.

Suria KLCC

Suria KLCC menawarkan program Daily Raya Rewards yang memberi ganjaran buat pelanggan mengikut nilai pembelian. Selain pelanggan juga boleh beramal dengan menghulurkan sumbangan melalui program Share the Care.

Pavilion Kuala Lumpur

Sempena menyambut ulang tahun ke-10, Pavilion Kuala Kumpur menawarkan ganjaran dengan tema The Special 10 dimana mereka akan memilih sepuluh orang pelanggan menerima hadiah jam tangah jenama RADO.

Fahrenheit88

Dengan tema Gaya Raya Celebretation, pelanggan bertuah yang membeli lebih daripada RM100 akan memenangi sapu tangan batik istimewa di Fahrenheit88. Manakala pembelian lebih RM200 akan menerima baucar RM50 Carlo Rino.

Avenue K

Pembeli bertuah di pusat membeli-belah Avenue K berpeluang memenagi hadiah bernilai RM 30 000 sempena Raya Madness Reward di sana. Selain itu pelanggan terpilih berpeluang mencuba nasib di AK Raya Madness Vending Machine untuk memenangi hadiah istimewa.

Sunway Putra Mall

Kempen Summer Sama Raya di Sunway Putra Mall mengajak pelanggan menikmati dekorasi Morocco dan pelbagai jualan di bazar Marrakesh. Selain itu terdapat juga hadiah istimewa di Al Ikhsan Football Fiesta sempena Piala Dunia tahun ini.

**WOWMalaysia akan kongsi lebih banyak tempat untuk membeli belah. Nantikan!

SUMBER: Tourism Malaysia

 



Booking.com