Singgah di Phnom Kulen Jika ke Siem Reap

MELAWAT ke Angkor Wat mungkin satu perkara yang wajib dilakukan jika ke Kemboja. Banyak tempat-tempat bersejarah lain di negara ini turut menjadi tarikan pelancong. Namun ramai yang tidak tahu tentang Phnom Kulen yang popular dalam kalangan masyarakat tempatan sebagai lokasi riadah pada hujung minggu.

Apa yang menarik di sini ialah kawasan air terjun selain peninggalan sejarah yang dikatakan menjadi tapak awal pengishtiharaan kemerdekaan oleh Raya Jayavarman II. Kawasan yang juga merupakan Taman Negara Phnom Kulen ini terletak kira-kira 2 jam perjalanan menaiki kereta dari Siem Reap.

Apa perkara yang patut anda tahun tentang Phnom Kulen?

Sepanjang perjalan ke puncak sebelum sampai ke air terjun, anda akan melihat batu-batu yang diukir yang dikenali sebagai Kbal Spean. Menurut kepercayaan penduduk ia merupakan penghormatan buat Dewa Siva bagi penganut Hindu. Air yang mengalir juga dikatakan membantu pasangan berkahwin mendapat anak.

Apabila sudah di kawasan air terjun, pilihan sahaja lokasi sesuai untuk anda mula berkelah. Jika berjalan kaki dari pintu masuk Taman Negara Phnom Kulen, anda akan sampai di puncak kira-kira setelah 45 minit perjalanan. Ada kawasan yang mana airnya lebih cetek dan sesuai untuk kanak-kanak.

Ramai yang tidak tahu, a ir terjun di Phnom Kulen juga menjadi salah sebuah lokasi penggambaran filem popular Lara Croft: Tomb Rider. Harus ingat, jangan pula anda meniru aksi terjun seperti yang ditunjukkan dalam filem tersebut.

Tidak sah kalau tidak melawat kuil lama apabila berada di Kemboja. Preah Ang Thom merupakan kuil utama yang terdapat di kawasan ini. Anda akan dapat melihat patung Buddha terbaring yang dikatakan paling besar di Kemboja. Jangan lupa tanggalkan kasut anda sebelum melangkah  masuk ke dalam kuil.

Berdekatan dengan kuil ini terdapat sebuah kawasan yang dikenali sebagai Srah Damrei atau Kolam Gajah. Lebih mudah untuk anda dapatkan bantuan penduduk di sana untuk ke kolam tersebut. Kola mini dipenuhi dengan batu-batu dengan ukiran gambar haiwan.

TIPS JIKA KE PHNOM KULEN

  1. Jika anda menaiki kereta atau van dari Siem Reap, haruslah meulakan perjalanan awal pagi kerana jalan untuk ke Phnom Kulen adalah sempit dan hanya satu hala sahaja dibuka.
  2. Bagi pelancong luar bayaran dikenakan untuk memasuki Taman Negara Phnom Kulen. Lebih mudah jika anda memberi tiket awal di Siem Reap menerusi agensi berdaftar. Atau pilih sahaja pakej yang turut menyenaraikan Phnom Kulen sebagai destinasi persinggahan.
  3. Kawasan air terjun ini dianggap suci bagi penduduk sana. Jadi perlulah anda menghormati budaya dan agama mereka. Elakkan berpakaian terlalu seksi walaupun ketika mandi.
  4. Apabila anda melawat kuil, pastikan membuka kasut dan topi. Itu amalan masyarakat sana. Jangan risau, kasut anda akan dijaga baik oleh penjaga pintu.
  5. Jangan lupa untuk singgah di Beng Mealea dalam perjalanan pulang. Ia merupakan sebuah kuil lama yang terletak kira-kira 7 kilometer dari Phnom Kulen.



Booking.com