SPACE PARK Pusat Permainan Realiti Angkasa Pertama di Perak

Space Park yang merupakan pusat permainan berteknologi realiti maya di sini merupakan tarikan baharu bagi warga Perak amnya dan Ipoh khususnya.

Pusat hiburan yang terletak di pusat beli belah Angsana Ipoh Mall dibuka oleh UDA Mall Sdn Bhd, sebuah anak syarikat UDA Holdings Berhad (UDA).

Berkonsepkan penjelajahan angkasa lepas, pusat hiburan keluarga yang menggunakan teknologi VR pertama di Perak itu mampu memberikan pengalaman berbeza buat pengunjung.

Terdapat empat tarikan utama permainan VR di Space Park iaitu Dark Mark 9D, Human Gyroscope, Space Track dan Space Shuttle NASA.

Selain itu, taman tema realiti ini turut mempunyai ruang permainan dikenali sebagai Babyland untuk kanak-kanak berumur 6-12 tahun.

Paling menarik, harga tiket setiap permainan di Space Park ini amat berpatutan serendah RM5 hingga RM15 sahaja. Murah!

Space Park Ipoh mula dibina pada Jan 2017 dan siap pada November lepas dengan kos keseluruhan bagi kawasan seluas 35,000 kaki persegi itu RM9 juta.

Lokasi: Angsana Mall Ipoh ( Greentown Mall)
Waktu operasi: 10 pagi hingga 9.30 malam.

Harga setiap permainan:

1. 9D VR dark mars – RM10.
2. Human gyroscope – RM15.
3. Htc VR console – RM10.
4. Space shuttle – RM10.
5. Space track – RM5 untuk kanak kanak.



Booking.com