Sunway Lagoon Lancar Kempen Proud To Be Malaysian

BAGI memeriahkan lagi sambutan bulan kemerdekaan tahun ini, taman tema Sunway Lagoon melancarkan kempen Proud To Be Malaysian sekali gus memperkenalkan ukiran yang diberi nama One hasil rekaan pereka terkenal dari India, Infantino Fernandes.

Tujuh ukiran yang dipamerkan terdiri daripada pelbagai saiz. Ia menggambarkan semangat perpaduan rakyat Malaysia dari semua latar belakang kaum dan bangsa. 

Bermula 17 Ogos sehingga 16 September, pelbagai aktiviti diadakan sebagai tanda semangat patriotisme masyarakat Malaysia. Antaranya adalah tarian kebudayaan, bengkel silat, upacara menaikkan bendera dan permainan tradisional.

Selain itu Sunway Lagoon turut mengadakan jualan makanan tempatan di Malaysia Street Food. Pengunjung juga boleh mendapatkan tawaran istimewa dengan menyertai cabaran ‘Man VS Food: 61 sec’. 

Pemegang MyKad akan mendapat potongan harga apabila membuat tempahan tiket secara atas talian. Bagi mereka yang lahir pada 31 Ogos, hadiah istimewa bakal menanti. 



Booking.com