Rinjani Ditutup Setahun

Berikutan gempa bumi yang melanda Lombok, Indonesia pada Ogos lalu, Gunung Rinjani yang popular sebagai lokasi mendaki gunung ditutup selama setahun. Menurut kenyataan Ketua Taman Negara Rinjani, tempoh tersebut adalah untuk pemulihan laluan pendaki yang rosak teruk akibat gempa.  Laluan yang terjejas dikatakan amat merbahaya buat masa sekarang. Justeru sebarang aktiviti pendakian oleh orang awam…

Nikmati Keindahan Semulajadi Sumba

SUMBA yang terletak di Daerah Timur Nusa Tenggara, Indonesia merupakan satu tempat yang kaya dengan keindahan alam semula jadi. Jika berhajat ke sini, anda boleh menaiki pesawat dari Lapangan Terbang Denpasar, Bali atau mana-mana penerbangan tempatan dari Jakarta. Apa yang menarik di Sumba? Tasik Weekuri Tasik Weekeuri adalah satu keajaiban alam semulajadi yang perlu anda…

Dekati Budaya Indonesia

SEBAGAIMANA Indonesia terkenal dengan Negara Seribu Pulau, ia juga kaya dengan pelbagai seni dan warisan bangsa. Setiap daerah di Indonesia punya keistimewaan tersendiri untuk diceritakan kepada orang ramai. Jika melancong ke Indonesia pastikan anda meluangkan masa untuk melihat atau mempelajari budaya mereka. Berikut antara budaya atau amalan yang popular di negara tersebut yang kini menjadi…

Gunung Agung Meletus Lagi, Lapangan Terbang Bali Beroperasi Seperti Biasa

GUNUNG berapi aktif di Bali kembali meletus, memuntahkan lahar dan debu beberapa kilometer ke udara. Menurut Agensi Mitigasi Bencana Kebangsaan Indonesia, penduduk mendengar letupan kuat dan melihat batu berapi tercampak keluar sejauh kira-kira dua kilometer dari kawah Gunung Agung. Letusan yang berlanjutan selama tujuh minit itu memaksa penduduk meninggalkan kediaman mereka. Bagaimanapun, lapangan terbang Bali kekal…

Campak Makanan Dari Gunung Bromo

SETIAP tahun, pengunjung tempatan dan pelancong asing tidak melepaskan peluang menyaksikan upacara melontarkan makanan ke dalam kawah gunung berapi Bromo yang masih aktif. Ia merupakan upacara ritual yang dilakukan oleh penganut Hindu suku Tengger di Probolinggo, Indonesia. Ritual tersebut merupakan sebahagian daripada aktiviti perayaan yang dinamakan sebagai Yadnya Kasada dan disambut selama sebulan. Upacara tersebut menyaksikan…

Apa Nak Buat Jika ke Sabang, Indonesia?

SABANG merupakan kota yang terletak di Pulau Weh, Indonesia. Ia merupakan lokasi tumpuan ramai pelancong yang suka dengan keindahan pulau dan pantai. Kota ini terletak dalam daerah Aceh dan merupakan kawasan paling utara bagi Indonesia. Untuk sampai ke pulau ini, perjalanan mengambil masa kira-kira 30 minit menaiki feri dari Banda Aceh. Banyak perkara yang boleh…

Keunikan The Longhouse di Bali

LONGHOUSE atau rumah panjang yang mempunyai deretan pintu unit-unit keluarga amat sinonim dengan kediaman masyarakat pribumi di Sabah dan Sarawak.  Namun kini The Longhouse merupakan nama sebuah butik vila-hotel yang baru dibuka di Bali, Indonesia. Berkonsep vila private, lokasinya di tengah kota Jimbaran memberi peluang kepada para pelancong menikmati kemewahan penginapan vila bertaraf hotel lima…

Rejuvinasi di REVIVO WELLNESS RESORT BALI mulai 30 Mac

AKHIR Mac ini, sebuah resort wellness mewah, REVIVO akan memulakan operasinya di pulau peranginan Bali, Indonesia. Sepertimana maksud REVIVO, `Saya akan hidup kembali’, pusat peranginan terbaru dan yang pertama di bawah jenama ini,bakal menyegarkan jiwa dan raga menerusi minda dengan membawakan pengalaman menyeluruh rawatan santai, spa dan perubatan holistik. REVIVO menawarkan 16 buah suite gaya…