Pasport Malaysia Banyak Hilang di Thailand

Thailand atau lebih spesifik kota Bangkok mencatatkan antara kawasan kehilangan pasport Malaysia tertinggi. Menurut laporan, 90% kes kehilangan berlaku di pusat membeli-belah utama sekitar bandar raya tersebut. Pihak Kedutaan Malaysia di sana menerima 87 laporan kehilangan sejak Januari hingga September tahun ini. Manakala sebanyak 124 pasport dilaporkan hilang pada tahun lalu. Antara faktor kehilangan adalah…

Malaysia Dalam Senarai Power Ranking WTTC

Sempena World Tourism Day, satu senarai Power & Performance Report telah dikeluarkan oleh World Travel & Tourism Council (WTTC). Senarai tersebut meletakn kedudukan negara yang memperoleh pendapatan tertinggi menerusi industri pelancongan. Ia menggabungkan pendapatan kasar (GDP), perbelanjaan pelancong luar, perbelanjaan pelancong dalam negara dan modal pelaburan dalam tempoh tujuh tahun (2011-2017). Senarai ini dibahagikan kepada…

Segera Beralih Kepada Era Digital – Mohammadin Ketapi

Kepesatan dunia digital kini dijangka akan memberi lebih banyak manfaat kepada industri pelancongan di masa akan datang. Perkembangan ini memberi impak apabila pelancong akan menggunakan segala kemudahan dan perkhidmatan melalui platform digital dan intergrasi media sosial. Justeru Menteri Pelancongan, Seni dan Kebudayaan, Mohammadin Ketapi  menggesa semua pengusaha industri agar segara beralih kepada era digital dan…

Bosan Hujung Minggu…? Jom Buat Aktiviti Ekstreme

BERSANTAI di tepi pantai, pergi ke pusat membeli-belah atau menonton wayang mungkin sudah biasa anda lakukan pada hujung minggu. Kalau sudah bosan dan jika mahukan sesuatu kelainan, anda boleh cabar diri dengan aktiviti ekstreme. Sekali-sekala aktiviti sebegini dapat memberi pengalaman baharu yang mungkin tidak akan dilupakan. Apa salahnya mencuba sesuatu yang luar biasa. Skytrex Adventure…

Malaysia Jadi Hab Rawatan Kesuburan Menjelang 2020

PERKHIDMATAN kesihatan berkualiti di Malaysia ini bakal menjadikan negara ini sebagai hab rawatan kesuburan dan kardiologi Asia menjelang tahun 2020. Keyakinan tersebut disuarakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia (MHTC), Sherene Azli dalam satu temubual bersama Bernama. Menurut Sherene, pihaknya bersama Kementerian Kesihatan dan hospital swasta kini sedang berusaha untuk mencapai matlamat tersebut…

Peningkatan Jumlah Penerbangan Tarik Pelancong Australia

MALAYSIA dijangka bakal menerima lebih ramai pelancong dari Australia dengan penambahan penerbangan oleh Malaysia Airlines (MAS) dan Malindo Air. Bermula 6 Jun lalu MAS membuka semula laluan Brisbane – Kuala Lumpur dengan empat penerbangan seminggu dan jumlah kapasiti 1160 tempat duduk. Penumpang dari Australia juga boleh memilih untuk ke Kuala Lumpur dengan penerbangan Malindo dari…

Pelancong China `Meriahkan’ Sektor Pelancongan

Mereka dapat dilihat di mana-mana kawasan tumpuan pelancong, samaada di Eropah, Amerika mahupun negara-negara Asia Pasifik. Sesekali terdengar rungutan mengenai sikap buruk mereka yang dikatakan suka berebut-rebut, bising, kurang empati dan sebagainya. Bagaimanapun tidak dapat dinafikan limpahan pelancong dari negara China telah membawa kesan yang sangat positif,  dan‘memeriahkan’ sektor pelancongan. Anda boleh bayangkan, lebih 120…