Tanah Aina Fahad… Glamping 5 Bintang

on

 

Tempat percutian berkonsep perkhemahan  atau ‘glamping’ (gabungan ‘glamour’ dan ‘camping’) Tanah Aina Fahad  ibarat ‘syurga tersembunyi’. Air, tanah, udara dan pohon menghijau bergabung mencipta suatu keasyikan yang sukar digambarkan dengan kata-kata. Anda ibarat dibawa kembali menikmati alam semulajadi yang begitu nyaman, damai dan mempersona.

Lokasi Tanah Aina Fahad yang terletak di Ulu Dong, Raub, Pahang bersebelahan dengan tempat perkelahan Lata Jarum. Dengan keluasan lima ekar, ia dibuka umum sejak tiga tahun lalu. Tanah Aina Fahad adalah bersempena nama cucu Puan Seri Shariffa Sabrina, pemilik tempat beriadah yang indah ini.

Tanah Aina Fahad merupakan salah satu destinasi pelancongan eco tourism milik Puan Seri Shariffa Sabrina dan nama-nama tempat percutian berkenaan dipilih sempena nama anak-anaknya. Selain Tanah Aina Farrah Soraya (Raub), Tanah Aina Farouq (Mukim Tras, Raub) dan Tanah Aina Fareena (Bentong).

Selesa Dalam Hutan

Percutian ala perkhemahan mewah di Tanah Aina Fahad pasti memberi pengalaman baru pada anda. Ini disebabkan ia berbeza daripada destinasi percutian yang biasa di tawarkan, iaitu di dalam hutan dan perkhemahan ini pula di tepi sungai yang jernih lagi nyaman!

Dari luar, perkhemahan ‘glamping’ ini kelihatan khemah biasa.  Namun, jejak sahaja ke dalam khemah, kelihatan  katil bertilam empuk, selimut dan kipas angin. Amat selesa bagai berada dalam rumah! Setiap satu khemah terdapat empat buah katil.

Begitu juga dengan kamar mandi yang dilengkapi kemudahan bertaraf hotel . Dingin segar air yang mengalir daripada pancutan buluh mampu menghilangkan lesu badan dan penat minda. Ternyata glamping ini amat mengujakan. Inilah masanya anda lari sebentar dari hiruk-pikuk kota dan beban kerja tidak berkesudahan.

Selain mandi sungai sambil menikmati deruan air terjun sejuk dan dingin, aktiviti lain yang disediakan di Tanah Aina Fahad termasuklah dapur dan ruang memasak serba lengkap, keperluan barbeku, melawat kawasan kampung, merasai pengalaman menoreh getah, menikmati masakan kampung, jungle trekking dan juga aktiviti air seperti tubing di Sungai Chekas.

Segalanya teratur dan menjanjikan keselesaan dan kepuasan. Konsep glamping pertama seumpamanya di Malaysia. Namun tidak mengetepikan ‘rasa hutan’ yang asli. Siang dengan aktiviti riadah dan malam boleh barbeku sambil karaoke. Juga boleh bersantai bertemankan unggun api.

Hargai Alam

Hutan di Malaysia antara hutan yang paling cantik di dunia maka ia perlu dihargai dan dijaga agar tidak terjejas dengan kerancakan  pembangunan moden. Salah satu kaedahnya ialah menerusi program penanaman semula anjuran Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (PEKA) bagi memelihara khazanah negara ini demi generasi yang akan

Pengunjung ke Tanah Iana Fahad hanya dikenakan bayaran RM100 seorang bagi penginapan khemah dua hari satu malam. Harga tersebut tidak termasuk dengan pakej aktiviti serta sewaan peralatan memasak kerana anda boleh membawa bahan masakan sendiri. Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh layari www.tanah-aina.com atau hubungi Juliet 016-6090 493.



Booking.com