Tempah & Bayar Tiket Penerbangan MAS Guna Messenger @ MHchat

MALAYSIA Airlines Bhd melangkah setapak lagi dengan menjalin usaha sama dengan Amadeus bagi memperkenal MHchat, chatbot tempahan penerbangan, yang membantu pengguna menempah penerbangan dan membayar menggunakan aplikasi media sosial Facebook Messenger.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Izham Ismail berkata, syarikat penerbangan nasional itu komited untuk terus meningkatkan kemudahan kepada pengguna dengan memanfaatkan teknologi baharu.

MHchat merupakan bukti mengenai komitmen syarikat penerbangan itu untuk mengembangkan saluran digitalnya.

Melalui Facebook Messenger, pelanggan Malaysia Airlines boleh menggunakan MHchat untuk mendapatkan maklumat mengenai penerbangan dan tempahan.

Pelancong juga boleh menyelesaikan transaksi, membuat bayaran yang selamat dan menerima jadual perjalanan dalam aplikasi yang sama.



Booking.com