TERKINI: Lombok Dilanda Gempa Sekali Lagi, Berpotensi Tsunami

Gempa bumi bermagnitud 7 pada Skala Richter menggegarkan Pulau Lombok hari ini.

Menurut Ketua Pusat Data Informasi dan Hubungan Masyarakat, Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Sutopo Purwo Nugroho, gempa itu berlaku di 27 km Timur Laut Lombok Utara di Nusa Tenggara Barat pada jam 6.46 petang waktu tempatan.

“Gempa itu berpotensi tsunami, dan semua diminta berhati-hati,” katanya dalam satu kenyataan di Jakarta.

Gempa tersebut terasa hingga ke wilayah Bali dan Sumbawa.

Gempa susulan dijangka akan terus berlaku.



Booking.com