Teroka Alam Semula Jadi di OROU SAPULOT

KOTA Kinabalu, Kundasang, Pulau Mabul dan Sepilok antara destinasi yang sering menjadi tumpuan orang ramai jika ke negeri Sabah. Tidak ramai yang tahu akan keindahan Sapulot yang terletak di daerah Keningau. Siapa yang suka dengan cabaran dan alam semulajadi, Orou Sapulot wajib dikunjungi.

`Orou’ bermaksud matahari dalam bahasa Murut yang merupakan kaum ketiga terbesar di Sabah. Berada di OrouSapulot, pengunjung akan disajikan dengan pemandangan hijau hutan serta kepelbagaian flora dan fauna.

Pelajari budaya Murut ketika di sana.

Perjalanan ke sana mengambil masa sekitar tiga jam dari Kota Kinabalu. Apabila di kawasan Labang, anda boleh terus ke PungitonEcoCamp sebagai tempat penginapan. Selain itu, boleh juga menginap di pondok kayu di Air Terjun Kabulungou atau Rumah Panjang Romol.

Pengembaraan boleh dimulakan dengan meninjau kawasan sekitar dan berjumpa dengan penduduk di sana. Anda pastinya akan diberi layanan terbaik untuk mempelajari cara hidup dan budaya orang Murut. Jangan lupa untuk mencuba makanan tradisi mereka jika ke sana.

Siapa yang gemar mendaki gunung, anda boleh ke Batu Punggul. Anda pasti terpesona dengan pemandangan tatkala tiba di puncak. Jangan lupa juga untuk ke Gua Pungiton untuk teroka keajaiban alam semula jadi.

Batu Punggul.

Rehatkan minda dan segarkan badan dengan kesejukan air di Air Terjun Kabulungou. Pengalaman berada di kawasan OrouSapulot pasti tidak akan dilupakan.

INFO & FOTO: TOURISM MALAYSIA



Booking.com