Teroka Taman Negara di Sarawak

NEGERI Sarawk sememangnya kaya dengan keindahan alam semulajadi. Tidak hairanlah di Bumi Kenyalang ini banyak Taman Negara yang menjadi tarikan pelancong. Tempat sebegini juga menjadi habitan pelbagai spesis flora dan funa yang harus kita pelihara. Jadi jika anda berkesempatan ke Taman Negara ini, harus diingatkan agar menjaga alam semulajadi dan tidak melakukan sebarang pencemaran.

Berikut WOWMalaysia senaraikan beberapa Taman Negara popular di Sarawak yang boleh anda kunjungi.

Taman Negara Mulu

Taman Negara Mulu yang terletak dalam daerah Miri merupakan antara yang popular di sana. Gua yang unik dan menarik serta kehijauan alam sekitar menjadi tempat ini salah satu destinasi pilihan pelancong dalam dan luar negara. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sini seperti mndaki gunung dan terokai gua.

Taman Negara Bako

Taman Negara Bako merupakan yang tertua di Sarawak. Perjalanan ke sini kira-kira 40 meter dari bandar Kuching. Pengunjung juga boleh menikmati pemandangan sekitar kawasan ini dengan menaiki bot dari Kampung Bako.

Taman Negara Batang Ai

Taman Negara Ai mempunyai keluasan 24 kilometer persegi. Ia terletak di di kawasan Lubok Antu iaitu hampir 2500 kilometer dari Kuching. Apa yang menarik di sini ialah hutan hujan tropika dengan pelbagai jenis hidupan liar yang jarang dijumpai.

Taman Negara Bukit Lambir

Bagi mereka yang suka aktiviti rekreasi, Taman Negara Bukit Lambir adalah lokasi terbaik untuk anda kunjungi. Selain boleh sejukan badan dengan berendam di air terjun, anda juga boleh berjalan menikmati hijau hutan melalui trek yang disediakn.

Taman Negara Similajau

Banyak aktiviti yang boleh dilakukan jika ke Taman Negara Similajau yang terletak di daerah Bintulu. Jika minat mendaki, anda boleh berjalan di trek yang sedia ada. Selain itu anda juga boleh ke Pantai Penyu untuk melihat haiwan ini mendarat dan bertelur sekitar bulan Mac hingga September.



Booking.com