Terokai Megafauna zaman Ice Age di MATIC, KL

Filem animasi Ice Age boleh dikatakan cukup popular dan digemari ramai kerana watak-wataknya yang sangat comel dan lucu. Tapi tahukah anda Ice Age itu sendiri sebenarnya adalah merupakan sebuah zaman?

Kini anda berpeluang melihat sendiri watak-watak filem animasi tersebut dalam saiz sebenar di Ice Age Alive 2018 yang sedang diadakan di Lanai Matic, Kuala Lumpur. Ia merupakan pameran replika bersaiz sebenar spesie megafauna yang hidup di zaman ice. Apa yang lebih menarik, ia boleh bergerak dan mempunyai bunyi.

Pameran ini akan membuatkan anda terpaku dengan kehadiran haiwan purba termasuk Dinosaur, Gajah Mamot, Burung Dodo dan hidupan marin zaman purba yang dihidupkan kembali melalui penggunaan teknologi bagi membawa pengunjung merasai sendiri di zaman tersebut.

Selain itu, turut dipamerkan makhluk mega fauna lain yang telah pupus seperti kucing purba, Giant Wooly Mammoths hinggalah ke Saber-Toothed Tigers. Jika bernasib baik, anda juga boleh bergambar bersama T-Rex. Sudah pasti, pameran ini dapat memberikan manfaat kepada pengunjung kerana kita dapat merasai sendiri kehadiran makhluk megafauna yang telah lama pupus dari muka bumi.

Selain melihat haiwan-haiwan zaman ais batu, pengunjung juga dapat merasai kesejukan dan pengalaman interaktif sepanjang pameran ini. Antara aktiviti yang turut disediakan ialah Jumping Castles, Ice Skating Rink, Fossil Digging & Ice Age Crafts, Snow Pool, dokumentarai video dan banyak lagi.

Pameran ini akan berlangsung dari 13 Mei 2018 hingga 31 Disember 2018. Ia dibuka setiap hari kecuali hari Isnin bermula jam 10.00 pagi hingga 7 malam.

Tiket-tiket boleh didapati di kaunter atau secara online di iceagealive.com. Harga tiket bermula dari RM19.90 untuk kanak-kanak dan RM29.90 untuk dewasa, atau harga pakej keluarga RM85 untuk 2 kanak-kanak & 2 dewasa. Sebarang pertanyaan boleh hubungi talian 03-2170 6333.

Jom bawa anak-anak ke pameran megafauna Ice Age Alive 2018 yang pasti akan membuatkan anda sekeluarga terkesima!



Booking.com