Tiket ETS Untuk Krismas Dijual Mulai Selasa Ini!

on

Bercadang untuk menggunakan Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) untukperjalanan bercuti semasa Krismas nanti, bersedialah untuk menempah tiket anda pada Selasa ini!

Menurut Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), pengguna perkhidmatan tersebut boleh mendapatkan tiket untuk perjalanan 15 November sehingga 31 Disember 2018 ini bermula pukul 8.30 pagi, 25 September ini.

Perkhidmatan ETS akan mengekalkan jumlah perkhidmatan iaitu sebanyak 36 perjalanan sehari.

Tiket boleh dibeli secara dalam talian melalui laman web KTMB atau aplikasi telefon pintar (KTM MobTicket) dan di kaunter-kaunter tiket.

Dapatkan maklumat lanjut dan jadual waktu perkhidmatan ETS dengan berkunjung ke laman web rasmi KTMB www.ktmb.com.my atau hubungi Pusat Panggilan KTMB 03-2267 1200.

Sumber: Utusan Malaysia.



Booking.com