Tiket Melaka River Cruise Akan Dinaikkan

on

Harga tiket untuk menaiki bot Melaka River Cruise akan dinaikkan dalam masa terdekat bagi mengimbangi kos menaik taraf pusat pelancongan itu yang termasuk menambah bilangan bot baharu dan penyelenggaraan bot sedia ada, kata Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari.

Bagaimanapun, jumlah peratusan kenaikan harga tiket itu masih dalam peringkat kajian dan penilaian, kata beliau.

Pada masa ini harga tiket bot Melaka River Cruise ialah RM13 pada hari biasa dan RM18 pada hujung minggu,  cuti umum dan cuti sekolah untuk orang dewasa, Harga tiket bagi kanak-kanak bawah 12 tahun pula ialah RM6.50 untuk hari biasa dan hujung minggu, cuti umum dan cuti sekolah.

Adly berkata demikian dalam sidang akhbar selepas majlis menandatangani perjanjian usaha sama strategik antara Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka dengan anak syarikatnya, Sungai Melaka Ventures dan Kesidang Holdings Sdn. Bhd. pada 18 September lalu bagi penyediaan dan penyelenggaraan bot Melaka Cruise.

Melaka River Cruise kini mempunyai 37 buah bot pelancongan. Lima buah bot baharu akan siap menjelang Disember ini. Menurut Adly, lima buah bot itu ialah sebahagian daripada 56 buah bot baharu yang dijangka dibina dalam tempoh tiga tahun ini bagi memenuhi keperluan pengunjung yang semakin meningkat.

Sumber: Kosmo!



Booking.com