Top 5 Jalan-jalan Cari Makan di Langkawi

on

Biasanya apabila anda tiba di sesuatu destinasi percutian, tempat pertama yang anda cari ialah tempat makan. Dimana hendak cari tempat makan yang menyediakan makanan yang enak, lazat dan terkenal di kalangan masyarakat tempatan dan para pengunjung.

Berikut adalah senarai 5 Tempat Makan yang boleh anda cuba apabila mengunjungi pulau ‘syurga membeli-belah ‘ Langkawi.

  • Nasi Dagang Pak Malau

Namanya sahaja sudah cukup menguja untuk menjejaki tempat makan yang semakin di kenali ramai terutama dikalangan pengunjung tempatan dan pelancong luar negara.  Memperkenalkan konsep ala kedai kampong dengan taburan pondok-pondok kayu beratap nipah, keunikan lokasinya menghadap hamparan sawah padi merupakan tarikan pengunjung.

Keistimewaan makanan tradisional Terengganu iaitu Nasi Dagang dengan pelbagai pilihan masakan seperti gulai ikan tongkol, ayam goreng berempah, daging kerutub dan kambing masak kurma. Lengkapi pengalaman anda menikmati makanan tradisional negeri Ulek Mayang dengan secawan air kopi atau teh panas, sambil bersantai menghayati keindahan Gunung Raya di kejauhan…

  • Restoran Seashell

Satu lagi restoran menghadap suasana damai sawah padi ialah Restoran Seashell. Jambatan-jambatan kayu menghubungkan pondok-pondok beratap rumbia antara satu sama lain, didirikan atas lopak-lopak sawah padi. Anda boleh juga menikmati makanan di restoran yang dilengkapi patio untuk bersantai menghadap sawah.

Restoran Seashell menyediakan pilihan menu masakan berkonsep fusion, tradisonal Melayu Barat.  Ia meneruskan tradisi penyediaan makanan selama 10 tahun mengendalikan bahagian F&B di Telok Beach.

  • Arts Café

Arts Café sungguh unik lagi istimewa kerana ia ibarat restoran dalam galeri dimana karya pelukis-pelukis unggul tanah air termasuk Ibrahim Hoessin menghiasi dinding-dinding kafe. Pengunjung juga boleh membeli lukisan-lukisan yang dipamerkan. Malah bilik airnya juga dihiasi

berkonsep seni. Golongan muda Hipster pasti menggemari kafe ini.

Pilihan menu pelbagai merangkumi citarasa Barat, Arab dan pencuci mulut yang menarik. Antaranya ialah pesto pasta, pie ayam berinti bayam, daging dan kekacang serta sanwic ciabatta vegan. Gandingkan makanan di atas dengan minuman sejuk dan panas termasuk beebrapa jenis kopi. Kafe dua tingkat

  • Restoran Fish Farm

Panorama dan lanskap sekitar restoran ini begitu memukau mata memandang, lokasi paling sesuai untuk berselfie. Laman yang luas yang bersambung hingga ke jeti mengadap LAut Andaman menyediakan tempat menjamu selera yang begitu mengasyikkan, dalam sepoi-sepoi bayu laut. Bangku-meja dan hiasan-hiasan dalaman diperbuat daripada kayu hanyut yang unik, diserikan dengan kehijauan dedaun hijau.

Restoran Fish Farm berkonsep makanan laut turut memberi pilihan santapan sebelah dalam restoran alam suasana redup, mengekalkan hiasan dalaman berkonsep kayu. Menu makanan laut termasuk udang kara, udang mantis dan ketam hidup serta pelbagai jenis ikan untuk pelbagai citarasa konsep masakan.

  • Restoran Makanan Wonderland

Restoran Makanan Wonderland berkonsep masakan makanan laut pada harga patut. Suasana santai tempat makan ini sesuai untuk keluarga menjamu selera dengan hidangan makanan laut sama ad acara Melayu atau gaya Asia. Menu signaturnya termasuk Ikan Kukus ala Nyonya, ketam bercili dan nasi goreng makanan laut. Restoran Makanan Wonderland  dibuka setiap hari selepas 5.30 petang dan ia sentiasa sesak dengan pengunjung.

 



Booking.com