Transaksi Tanpa Tunai KTM Komuter Mulai 10 September

Mulai 10 September 2018, perkhidmatan KTM Komuter akan memperkenalkan kaedah bayaran tanpa tunai dengan menggunakan kad iaitu Kad Komuter Link / Touch N Go atau My Kad.

Perlaksanaan tambang tanpa tunai ini akan dikuatkuasakan untuk penumpang Dewasa, pelajar sekolah menengah, dan institusi pengajian tinggi sahaja.

Sila pastikan anda mempunyai Kad Komuter Link, Touch N Go atau My Kad.

Pelaksanaan transaksi tanpa tunai ini juga akan menyaksikan pengguna menikmati kadar tambang yang lebih murah iaitu hingga 20 peratus, di samping menjimatkan masa beratur di kaunter atau mesin tiket untuk membayar tambang.

Kanak-kanak berumur 3 hingga 12 tahun, warga emas dan OKU masih boleh membayar tambang secara tunai dengan pembelian token di kaunter tiket atau pembelian kad konsesi di kaunter Komuter Link di Aras 2, stesen KL Sentral.

Untuk informasi lanjut, sila hubungi Pusat Panggilan KTMB di 03-2267 1200 atau layari laman web www.ktmb.com.my .



Booking.com