Warna-Warni Aidilfitri 100% Produk Tempatan

KARNIVAL jualan Warna-Warni Aidilfitri anjuran Kraftangan Malaysia kembali buat kali-14 bermula 1 hingga 10 Jun 2018 bertempat di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay. 

Sebanyak 106 usahawan mengambil bahagian melibatkan pelbagai produk seperti tekstil, aksesori, hasil kraf dan juga makanan. Kesemua produk adalah 100% keluaran tempatan. 

Menurut Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, Encik Ibrahim Ismail, jualan kali ini mensasarkan kehadiran lebih 20 ribu pengunjung untuk 10 hari acara berlangsung. 

“Tahun ini kita mewujudkan suasana yang lebih selesa buat pengunjung membeli-belah. 

“Selain jualan, ada juga aktiviti lain seperti demonstrasi dan pertandingan yang boleh memberi ilmu kepada pengunjung tentang produk kraf. 

“Setiap jualan di sini adalah produk tulen tempatan dan kami akan memastikan semuanya berkualiti untuk kepuasan pelanggan,” ujar beliau.

Ibrahim Ismail (kanan) mengunjung salah sebuah gerai di Warna-Warni Aidilfitri.

Jualan sebegini juga secara tidak langsung menggalakkan penyertaan usahawan memasarkan produk kraf terus kepada pengguna selain menjana ekonomi mereka. 

Jualan bermula jam 9.00 pagi hingga 6.00  petang setiap Isnin hingga Khamis. Manakala pada Jumaat hingga  Ahad jualan diadakan sehingga jam 9.00 malam. Bazar Ramadan juga turut dibuka bagi pengunjung yang ingin membeli juadah berbuka. 



Booking.com