WiFi di Mana Sahaja Anda Bercuti

on

Antara soalan yang biasa ditanya apabila anda pergi bercuti ialah adakah destinasi yang dituju mempunyai hubungan WiFi yang bagus. Adakah ia percuma dan ‘reliable’?

Kos roaming yang amat tinggi pasti membimbangkan apabila anda pergi melancong ke luar negara.  Sebab itulah kaedah-kaedah yang bersifat kos-efektif dan mudah seperti portable WiFi hotspots atau perkhidmatan poket WiFi  semakin popular sejak ia diperkenalkan di pasaran.

Menurut Ketua Asia Tenggara Roaming Man Malaysia, Runyin Wu, “Antara kelebihan Pocket WiFi ialah ia sedia untuk diguna. Hanya hubungkannya dengan alat telefon bimbit anda dan ‘on’ kan alat, anda sudah bersedia untuk berhubungan.”

Roaming Man Malaysia, sebuah syarikat sewa 4G WiFi Malaysia, merupakan antara pemain aktif terbaru dalam pasaran negara.

Perkhidmatan Pocket WiFi mempunyai liputan yang luas maka, anda tidak perlu risau mengenai kunci dan membuka-kunci kad-kad SIM atau telefon bimbit di negara-negara berbeza. Ia juga menyokong beberapa pengguna dan alat telefon bimbit pada satu masa, seterusnya ia sangat ideal apabila anda melancong bersama keluarga atau dalam satu kumpulan.

Roaming Man’s Pocket WiFi menggunakan teknologi canggih Cloud SIM yang auto-connect pada network terpantas sedia ada. Ia mempunyai liputan meluas di 138 negara dan benua, menjadikan ia sangat mudah dimiliki (berharga patut) dan selesa untuk para pengembara menikmati internet connectivity 24 jam di mana sahaja anda berada!

Selain itu, Roaming Man’s Pocket WiFi menawarkan 3GB internet sehari pada kelajuan 4G – lebih tinggi berbanding kad-kad SIM tempatan atau perkhidmatan data roaming – pada kadar harian tetap tanpa caj-caj tersembunyi.



Booking.com