Yakei Summit 2018 Galak Lebih Ramai Pelancong Malaysia ke Jepun

YAKEI bermaksud pemandangan waktu malam atau pencahayaan dalam Bahasa Jepun. Fenomena yakei semakin popular di bandar-bandar utama negara matahari terbit itu sehingga ia menjadi salah satu tarikan pelancong.

Melihat kepada kebangkitan fenomena tersebut, Yakei Summit 2018 telah berlangsung di Kuala Lumpur bertempat di Hotel Mandarin Oriental dengan tujuan memperkenalkan kepada lebih ramai pelancong Malaysia tentang bandar-bandar utama di sana yang menganjurkan yakei.

Usaha ini juga melihat kepada peningkatan jumlah pelancong Malaysia ke Jepun dalam tempoh lima tahun terdahulu iaitu sebanyak 130,183 pada tahun 2012 kepada 439,548 pada tahun 2017 seperti yang dilaporkan oleh Japan National Tourism Organization.

Persidangan ini dianjurkan oleh YAKEI Convention and Visitors Bureau dan dihadiri oleh ahli-ahli industri pelancongan dari Jepun dan Malaysia. Pastinya setiap pemain industri dari Jepun mahu memperkenalkan keindahan yakei di tempat mereka dan berharap agensi pelancongan Malaysia dapat menarik lebih ramai pelancong ke sana.

Pada masa sama turut diperkenalkan duta Yakei iaitu Sue Lynn yang merupakan seorang blogger terkenal dari Malaysia. Sue Lynn memainkan peranan besar untuk memperkenalkan keindahan yakei kepada pelancong Malaysia.

Dari kiri: Naib Presiden MATTA, Akil Yusof; Pengarah YAKEI Convention & Visitor Bureau, Marumaru Moto-O; Sue Lynn Tiong; Penolong Ketua Bandar Nagasaki, Katuo Kunihilo dan Pengarah Jabatan Promosi Antarabangsa Tourism Malaysia, Datuk Musa Yusof yang hadir ketika YAKEI Summit 2018.

Antara agensi yang hadir mempromosikan destinasi mereka adalah Sappora Cita, Mount Moiwa and Sapporo TV, Nagasaki City and Nagasaki Ropeway, Ashikaga Flower Park, Enoshima, Fujisawa City, Oi Rececourse dan Katsuyama City, Fukui.

Bagi pelancong Malaysia, waktu terbaik untuk menyaksikan yakei adalah pada musim bunga, luruh dan sejuk di mana setiap bandar mempunyai keistimewaan tersendiri. Yakei pula dipersembahkan dengan ciri-ciri berbeza mengikut musim.



Booking.com