Zipline Tertinggi Dunia di Langkawi

Langkawi akan berada di puncak peta dunia jika sebuah syarikat dari Korea Selatan berminat untuk melabur dalam pembinaan zipline di pulau tersebut. Cadangan tersebut pastinya menjadikan Langkawi lebih dikenali dalam kalangan peminat sukan ekstreme.

Menurut Timbalan Menteri Pelancongan, Keseniaan dan Kebudayaan, Muhammad Bakhtiar Wan Chik, syarikat berpusat di Pulau Nami  itu membayangkan minat untuk melabur kira-kira RM30 juta bagi pembinaan zipline dari paras ketinggian 700 meter, sekaligus menjadikan ia paling tinggi dan ekstreme.

Syarikat berkenaan, yang memegang francais bagi teknologi zipline Amerika Syarikat, hanya menerapkan kepakaran mereka di Pulau Nami. Aktiviti tersebut telah pun menarik kunjungan ramai pelancong yang menggemari aktiviti ekstreme seluruh dunia.

Zipline di Puilau Nami, Korea Selatan. FOTO: UTUSAN.

Muhammad Bakhtiar juga menyokong cadangan tersebut kerana berpendapat projek itu akan memberi manfaat kepada masyarakat terutamanya dalam menjana pemindahan teknologi untuk mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan perniagaan bagi rakyat Malaysia.

Beliau juga berharap usaha ini bakal mendapat sokongan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), kerajaan negeri Kedah dan Ahlli Parlimen Langkawi yang juga merupakan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir MOhamad.

SUMBER : BERNAMA



Booking.com